Putus tangan bertembung lori

No Image Caption
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang penunggang motosikal putus tangan kanan selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Hentian Rawat dan Rehat, Rantau Manis, di sini petang tadi.

Mangsa, Muhamad Saiful Ab Rahman, 36, beralamat di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2, dikejarkan ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan lanjut.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 5 petang tadi melibatkan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dan sebuah lori.

Difahamkan, mangsa yang turut cedera parah di bahagian paha kanan kini tidak sedarkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin mengesahkan kejadian.

Mangsa pada mulanya dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) namun keadaannya agak kritikal dan terus dikejarkan ke HKK.

Artikel Berkaitan: