Tanah diceroboh di NS diputihkan: MB

No Image Caption
A
A
A

JEMPOL - Kerajaan Negeri Sembilan akan memberikan kelulusan kepada penceroboh tanah kerajaan untuk menyewa tanah yang diceroboh.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya memastikan kawasan tanah kerajaan yang diceroboh akan diputihkan menerusi kelulusan menyewa secara sah kepada pengusaha atau penceroboh tanah kerajaan terlibat.

"Pengusaha yang menceroboh tanah kerajaan perlu membuat permohonan secara rasmi bagi mengusahakan tanah. Pengusaha ataupun penceroboh tanah ini diminta datang ke Pejabat tanah berjumpa dengan Pegawai Daerah ataupun Penolong Pegawai Daerah untuk mereka memohon meneruskan tanaman seperti pokok getah dan kelapa sawit.

"Kita tidak mahu hasil kerajaan hilang dan berharap usaha ini akan mendatangkan hasil kepada kerajaan negeri kerana banyak kawasan tanah negeri telah diceroboh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan khas ke tanah kerajaan yang telah diceroboh di Jempol semalam.

Aminuddin berkata, tanah kerajaan di Felda Lui Selatan telah diceroboh dengan tanaman getah, sawit, dan pokok ketum sebanyak 200 pokok.

"Pokok ketum itu bagaimana pun sudah dimusnahkan penguatkuasa selain pondok yang dipercayai menjadi tempat memproses ketum, namun pokok kelapa sawit dan getah yang ditanam di atas tanah seluas dua hektar itu tidak dimusnahkan.

"Pengusaha tanaman di kawasan tanah pencerobohan tersebut memohon kelulusan yang sah bagi penanaman getah dan sawit yang dilihat dapat meningkatkan hasil kerajaan negeri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Aminuddin berkata, kerajaan negeri tidak membenarkan ketum ditanam di negeri ini biarpun didakwa mengandungi khasiat tertentu dalam bidang perubatan.