Kem PGA Cheras kawasan hotspot denggi

Dr Siti Mariah (tengah) bersama Dr Sharifah Malihah (kanan) ketika sidang akhbar di Foyer Dewan Annex Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
Dr Siti Mariah (tengah) bersama Dr Sharifah Malihah (kanan) ketika sidang akhbar di Foyer Dewan Annex Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu 7 Cheras dikesan sebagai lokasi yang mencatatkan kadar wabak denggi tertinggi.

Difahamkan wabak denggi mencatatkan peningkatan selama 137 hari di kawasan itu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata perkara ini perlu diberikan penelitian lanjut sekaligus dipandang serius.

"Dalam hal ini, bukan sahaja kawasan awam malahan kawasan seperti Kem Pasukan Gerakan Am di Batu 7 Cheras ini juga dikenalpasti sebagai lokasi wabak denggi dan ini bagi saya satu perkara yang mustahak dan perlu dipandang serius.

"Justeru itu saya berharap agar kerjasama dari semua pihak dalam membantu mengurangkan kes wabak denggi di Selangor ini. Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati sengaja membiarkan pusat pembiakan nyamuk aedes ini sekiranya didapati ia tidak dibersihkan," katanya pada sidang akhbar pelancaran Program Mega Cari dan Musnah Aedes Selangor di Foyer Dewan Annex Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dr Sharifah Malihah Wan Mustapha berkata, perkara ini menerima makluman yang positif daripada pihak kem tersebut.

"Saya difahamkan satu pertemuan sudah dijalankan dan kita sudah aturkan untuk program gotong royong di kem tersebut," katanya.

Lima daerah di negeri ini menjadi lokasi panas kes denggi iaitu Petaling dengan 62 lokasi diikuti Hulu Langat (26),Gombak (13) dan Klang serta Hulu Selangor masing-masing lapan lokasi.

Artikel Berkaitan: