APM Padang Terap berjaya tangkap ular seberat 18kg

Anggota APM bersama ular yang berjaya ditangkap
Anggota APM bersama ular yang berjaya ditangkap
A
A
A

PENDANG - Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap berjaya menangkap seekor ular jenis tedung selar seberat 18 kilogram (kg) di sebuah rumah di Felcra Belimbing Tualak.

Pegawai, LTM (PA) Nurul Nadya Yahya berkata, pusat kawalan operasi menerima panggilan jam 9.21 malam semalam.

Katanya, ular sepanjang tiga meter berkenaan ditemui di halaman sebuah rumah penduduk kampung.

Anggota APM Padang Terap bertungkus lumus menangkap ular tedung selar berkenaang berjaya ditangkap
Anggota APM Padang Terap bertungkus lumus menangkap ular tedung selar berkenaang berjaya ditangkap

"Penduduk itu menyedari kewujudan ular tersebut yang berada di bawah kayu yang meletakkan baja di halaman rumah ketika mahu menangkap ayam," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nurul Nadya ular tersebut dipercayai mengejar seekor biawak dan pihak anggota mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular tersebut.

"Pihak anggota mengambil masa yang agak lama ekoran ular berkenaan berada di tempat yang sukar dan sangat agresif," katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan: