X

Kindly register in order to view this article
!

Pecah rumah: Suami isteri ditahan

Beberapa barangan yang dipercayai dicuri pasangan suami isteri dirampas di sebuah rumah di Kampung Seri Nering.
A
A

BESUT - Pasangan suami isteri yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah sejak beberapa bulan lalu tumpas apabila mereka ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek lelaki berusia 26 tahun dan isterinya 35 tahun berjaya diberkas di sebuah rumah di Kampung Seri Nering jam 5.40 petang.

Menurutnya, penangkapan pasangan suami isteri dari Bachok dan Machang, Kelantan itu dipercayai dapat membantu polis menyelesaikan banyak kes pecah rumah yang berlaku di beberapa kampung sekitar Jertih.

“Polis turut merampas beberapa unit telefon bimbit, sebuah televisyen, sembilan utas jam tangan dan barangan perhiasan diri lain daripada suspek,” katanya.

Mohd Zamri berkata, hasil siasatan awal, suspek mengaku terlibat melakukan pecah rumah sekurang-kurangnya di lima lokasi sekitar Jertih.

Katanya, saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan suspek lelaki turut mempunyai enam rekod jenayah lampau manakala isterinya tiga rekod lampau.

“Modus operandi suspek ialah memecah masuk rumah mangsa pada waktu awal pagi ketika mangsa tidur.

“Barangan yang dicuri seperti televisyen, telefon bimbit dan barangan lain kemudiannya dijual kepada pihak-pihak tertentu,” katanya

Mohd Zamri berkata, suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!