Saya tak merajuk: Naim Daniel

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel
A
A
A

PENYANYI dan pelakon, Naim Daniel, mengakui tidak berkecil hati terhadap bidang lakonan walaupun di awal pembabitannya tidak pandang orang ramai.

Menurut pelakon berusia 21 tahun itu, setelah berusaha tanpa henti hampir 11 tahun namun situasi tetap sama. Namun Naim bersyukur kerana selepas kemunculan single ketiga, Sumpah telah menaikkan semula namanya.

"Saya cakap tak merajuk sebab masa awal-awal berlakon dulu orang tak pandang saya, tapi selepas kejayaan lagu Sumpah orang mula nak mengenali siapa Naim.

"Dikenali dengan cukup kuat di arena hiburan ini mungkin belum masanya," katanya.

Naim meluahkan isi hatinya itu ketika diundang dalam program YouTube Begitu Begini DJ Nazz, baru-baru ini.

Diajukan soalan apakah cerita di sebalik single Sumpah, ternyata penghayatan penuh beremosi penyanyi tersebut ada kisah yang dipendamnya selama ini.

"Saya berkenalan dengan seorang perempuan ini dari tahun 2013 sewaktu di alam persekolahan lagi. Perkenalan kami sehingga ke penghujung 2017 dan berpisah.

Artikel Berkaitan:

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel

"Saya tak pernah ada sebarang kesan yang betul-betul mendalam kalau bila nak bercinta atau sebagainya. Tapi ini cinta pertama saya dan ia betul-betul ibarat menjeruk hati.

"Kadang-kala orang cakap umur masih muda dan tak tahu erti percintaan itu apa. Tetapi lain orang lain pengalaman hidup yang dilalui mereka," luahnya menahan sebak.

Lebih memilukan hati Naim apabila dia memberitahu bekas kekasihnya sudah mendirikan rumah tangga sekitar akhir Jun lalu.

"Dia baru sahaja berkahwin minggu lalu, tapi saya reda dan lepaskan dia. Yang penting dia seorang yang baik dan saya hormat dia.

"Saya harapkan kebahagiaan untuk dia dan kami berhak bahagia dengan cara masing-masing. Selamat pengantin baharu untuk dia.

"Apa sahaja yang berlaku dalam perhubungan kita menjadikan kita siapa kita hari ini. Awak, saya akan tetap hormat awak," luahnya sambil menarik nafas dan menahan sebak.