Siti Kasim enggan komen kes saman RM2 juta

Siti Kasim
Siti Kasim
A
A
A

SHAH ALAM - Peguam dan aktivis sosial kontroversi, Siti Zabedah Kasim enggan memberikan komen berhubung tindakan saman RM2 juta terhadap dirinya.

Jelasnya, beliau tidak mengetahui tentang tindakan tersebut yang dilakukan oleh seorang pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung.

“Tiada apa yang boleh saya katakan kerana saya tidak tahu mengenainya,” katanya ringkas kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Hari ini, atas nasihat peguamnya, Firdaus akan memfailkan saman RM2 juta terhadap aktivis popular dengan panggilan Siti Kasim itu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah menerusi akaun Facebooknya.

Jun lalu, kedua-dua individu yang boleh dianggap sebagai pengguna media sosial yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat di alam siber, saling menjawab cabaran mengenai debat antara mereka berdua di laman Facebook masing-masing.

Cabaran debat itu dibuat oleh Siti Kasim melalui ruangan komen dalam hantaran yang ditulis oleh Firdaus Wong di Facebook beliau berkaitan berita diterbitkan oleh National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia (NEFC) mengenai misi pertubuhan itu terhadap masyarakat Orang Asli.

Artikel Berkaitan: