Kes denggi di Selangor membimbangkan

Rekod 34 kematian berbanding 16 kematian pada tahun lalu

Dr Siti Mariah mengumumkan mengenai pelancaran Program Mega Cari dan Musnah Aedes Selangor di Foyer Dewan Annex Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Dr Siti Mariah mengumumkan mengenai pelancaran Program Mega Cari dan Musnah Aedes Selangor di Foyer Dewan Annex Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - [VIDEO] Selangor mencatatkan peningkatan kadar kes demam denggi yang amat membimbangkan sejak akhir ini apabila sebanyak 34 kematian direkodkan pada tahun ini berbanding 16 kematian pada tahun lalu.

Situasi menunjukkan peningkatan gelombang berlaku terutama selepas musim perayaan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, peningkatan kes melibatkan demam denggi ini mencatatkan peningkatan sebanyak 100 peratus.

"Sehingga minggu epidemologi ME 27 iaitu pada 1 Julai lalu, sebanyak 37,263 kes daftar denggi dengan kematian 34 kes dicatatkan.

"Ini sekali gus mencatatkan peningkatan yang ketara berbanding 19,357 kes pada tahun lepas dan ini mencatatkan peningkatan kes daftar sebanyak 17,906 kes iaitu 108 peratus," katanya kepada pemberita pada sidang akbar berkaitan pelancaran Program Mega Cari dan Musnah Aedes Selangor di Foyer Dewan Annex Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Katanya, daerah Petaling mencatatkan bilangan tertinggi kumulatif kes denggi yang tertinggi.

Dr Siti Mariah mengumumkan mengenai pelancaran Program Mega Cari dan Musnah Aedes Selangor di Foyer Dewan Annex Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Dr Siti Mariah mengumumkan mengenai pelancaran Program Mega Cari dan Musnah Aedes Selangor di Foyer Dewan Annex Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

"Sebanyak 14,418 kes daftar denggi dicatatkan di daerah Petaling pada tahun ini berbanding 6,267 kes daftar denggi pada tahun lepas.

Artikel Berkaitan:

"Manakala daerah Sabak Bernam mencatatkan kes daftar denggi paling rendah iaitu sebanyak 133 kes," katanya.

Jelasnya, sehubungan itu pihaknya akan mengadakan gotong royong mega Selangor Bebas Aedes dengan Program Cari dan Musnah Aedes seluruh Selangor.

"Program ini akan dijalankan pada sepanjang bulan Julai ini, seluruh badan dan agensi kerajaan serta pimpinan masyarakat tempatan seperti ADUN, Ahli Majlis, ketua-ketua kampung lokaliti Combi di seluruh daerah dan NGO diminta untuk menyertai program mega yang akan diadakan pada Ahad, 14 Julai serentak di seluruh Selangor.

"Ini juga diadakan bersempena dengan Hari Denggi Asean Peringkat Negeri Selangor yang dilancarkan semasa Karnival 3W, 6 Julai lalu," katanya.