X

Kindly register in order to view this article
!

Penganggur didakwa rogol remaja bawah umur

Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan.
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini semalam atas pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur di Sungai Udang.

Tertuduh berusia 18 tahun berdepan dua pertuduhan selepas dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol remaja berusia 15 tahun di sebuah rumah di Taman Peruna, Sungai Udang pada jam 2 pagi, 18 April dan jam 10 malam, 28 Mei lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban meminta mahkamah mengenakan jaminan RM10,000.

Bagaimanapun tertuduh meminta jumlah jaminan dikurangkan kerana tidak bekerja dan masih menanggung kedua ibu bapa yang turut tidak bekerja.

Hakim Norma Ismail kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan seorang penjamin sebanyak RM8,000.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos depan untuk sebutan semula kes.