PKR sokong DAP buka 2 bilik gerakan

Fuziah Salleh
Fuziah Salleh
A
A
A

TEMERLOH - PKR Pahang akan membuka dua bilik gerakan di Dun Tanah Rata dan Jelai untuk membantu jentera kempen calon PRK Parlimen Cameron Highlands.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Fuziah Salleh berkata, gerak kerja sepanjang kempen PRK itu akan dikendalikan dan diketuai Ketua Cabang Cameron Highlands, Tan Wei Wun dibantu Ketua Cabang Lipis, Rizal Jamin.

"Kita akan memberikan sokongan padu kepada DAP yang bertanding bagi kerusi itu nanti. Kita tidak akan menuntut kerusi parlimen tersebut dan memberikan sokongan dengan membuka dua bilik gerakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat dan perjumpaan bersama ketua-ketua cabang parti tersebut di sebuah resort di Mentakab di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan iaitu PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan 26 Januari depan selepas penamaan calon pada 12 Januari diikuti undi awal 22 Januari.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Naib Presiden MIC, Datuk C Sivarraajh bagi kerusi parlimen itu pada PRU14 ekoran berlakunya rasuah.

Dalam PRU terbabit, Sivarraajh memenangi kerusi itu meraih 10,307 undi dengan majoriti 597 undi.

Artikel Berkaitan: