Mekanik dipenjara empat hari tunggang motosikal secara bahaya

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Akibat menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya, seorang mekanik dipenjara empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Puteri Norsheila Rahimi menjatuhkan hukuman itu terhadap M Rawinth Prasanth, 23, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menunggang motosikal secara melulu dan bahaya kepada dirinya dan pengguna jalan raya lain di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada 3.50 pagi, 10 Februari lepas.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau lima bulan penjara jika gagal bayar denda serta memerintahkan lesen tertuduh digantung selama dua tahun dan kesalahan itu direkodkan di dalam lesen memandunya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Abdullah Khazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman. - Bernama

Artikel Berkaitan: