Mukhriz, Marina kongsi ucapan hari lahir buat bonda tercinta

Mukhriz berkongsi ucapan sempena hari lahir Dr Siti Hasmah melalui Facebooknya, hari ini. Gambar kanan: Marina turut memberikan ucapan sempena hari lahir Dr Siti Hasmah ke-83, hari ini.
Mukhriz berkongsi ucapan sempena hari lahir Dr Siti Hasmah melalui Facebooknya, hari ini. Gambar kanan: Marina turut memberikan ucapan sempena hari lahir Dr Siti Hasmah ke-83, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Selang dua hari sambutan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat Malaysia hari ini sekali lagi meraikan 'birthday' buah hati negara, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengucapkan selamat hari jadi kepada bondanya menerusi status dimuat naik di halaman Facebook miliknya.

“Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Bonda Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang ke- 93 tahun.

“Semoga Allah panjangkan umur bonda Tun Siti, dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati ALLAH SWT,” katanya sambil memuat naik beberapa foto Dr Siti Hasmah bersama Dr Mahathir.

Sementara itu, Datin Paduka Marina Mahathir turut memberikan ucapan kepada isteri Perdana Menteri itu menerusi Facebook.

“Selamat hari jadi kepada ibu tersayang yang sering menjadi sumber kekuatan kami. Selalu mengingatkan kami tentang kasih-sayang lebih baik berbanding kebencian walaupun ada kalanya agak sukar untuk dilakukan.

“Terima kasih kerana mengajar kami bahawa sifat lemah lembut sentiasa menang. Saya sayang kamu selamanya,” katanya.

Dr Siti Hasmah dilahirkan di Klang, Selangor pada 12 Julai 1926.

Artikel Berkaitan:

Beliau merupakan salah seorang wanita Melayu pertama untuk memperoleh kursus perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura (kini Sekolah Perubatan Yong Loo) selepas Perang Dunia II.

Hasil perkahwinan dengan Dr Mahathir, mereka dikurniakan tujuh cahaya mata.