Penguat kuasa AADK direman tiga hari ini

No Image Caption
A
A
A

MELAKA - Seorang penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Jasin ditahan reman selama tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana meminta dan menerima suapan.

Perintah reman terhadap suspek berumur 31 tahun itu dikeluarkan Majistret Lee Kim Keat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Difahamkan suspek menerima dan meminta suapan sebanyak RM3,500 bagi menutup fail kes yang disabitkan atas nama pengadu.

Terdahulu, suspek yang diiringi pegawai SPRM tiba kira-kira jam 9.45 pagi sebelum meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah Melaka satu jam kemudian.

Suspek, ditahan kira-kira 6.20 petang semalam, di Pejabat SPRM negeri, di Alai.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman suspek. - Bernama

Artikel Berkaitan: