Dua kenderaan musnah terbakar

Keadaan lori yang terbakar di Jalan Mempaga-Sertik, Bentong awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
Keadaan lori yang terbakar di Jalan Mempaga-Sertik, Bentong awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
A
A
A

KUANTAN - Dua kenderaan musnah terbakar dalam kejadian berasingan yang dilaporkan di sini dan daerah Bentong awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan memaklumkan, kejadian pertama melibatkan kebakaran sebuah van di Jalan Felda Panching Selatan di sini kira-kira jam 12.02 pagi tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas ke lokasi bagi mengawal dan memadam kebakaran berlaku.

"Kenderaan tersebut gagal diselamatkan apabila ia musnah terbakar," katanya.

Anggota bomba membantu memadam kebakaran sebuah van di Jalan Felda Panching Selatan di sini awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba membantu memadam kebakaran sebuah van di Jalan Felda Panching Selatan di sini awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

Anuar berkata, pihaknya turut menerima laporan berhubung kebakaran kepala sebuah lori treler di Jalan Mempaga-Sertik, Bentong, jam 12.11 pagi tadi.

Katanya, tindakan memadam kebakaran kenderaan tersebut dijalankan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Karak.

Artikel Berkaitan:

"Kebakaran berjaya dipadamkan bagaimanapun hampir 80 peratus bahagian kepala lori treler berkenaan musnah," katanya.