Kelantan puji sikap federalisme Tun M

Ahmad memegang kad SAYA HADIR untuk program Dr Zakir Naik ke Kelantan 9 Ogos ini.
Ahmad memegang kad SAYA HADIR untuk program Dr Zakir Naik ke Kelantan 9 Ogos ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memuji sikap federalisme Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak sifat kepartian dalam membangunkan negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, antara pembangunan terbaru yang dibincangkan bersama Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini ialah empat projek pengurusan air untuk negeri ini.

"Empat-empat projek tersebut memfokuskan kepada keutamaan pengurusan air. Kita bincang untuk kita lihat dari segi jangka masa pendek dan panjang. Pengurusan air ini bukan hanya dilihat pada empangan, bahkan juga untuk sumber air itu sendiri.

"Kita sokong cara Tun M yang bersikap federalisme, sekali gus menolak kepartian yang boleh beri kesan kepada masyarakat," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, beliau hadir menyampaikan kuliah Jumaat sesi kedua di Medan Ilmu, di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat projek pembangunan fokus masalah air di Kelantan: Azmin

Terdahulu, Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan menerusi mesyuarat kali keduanya memberi tumpuan kepada empat isu utama membabitkan pengurusan sumber air seperti banjir dan keperluan air bersih di negeri.

Empat perkara yang telah diteliti itu ialah projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB), projek pembinaan Empangan Lebir, projek hidroelektrik di Nenggiri dan projek Skim Bekalan Air syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Merbau Condong, Machang.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya semalam mendakwa pihaknya menerima maklumat dakwaan mungkin wujud aktiviti rasuah di Kampung Kuala Koh, Gua Musang.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Ahmad Yakob menjawab ringkas, ia terpulang kepada SPRM kerana badan itu berhak untuk melakukan siasatan dan sebagainya.