Firdaus Wong saman Siti Kasim RM2 juta

Firdaus Wong
Firdaus Wong
A
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung akan memfailkan saman sebanyak RM2 juta terhadap peguam dan aktivis sosial kontroversi, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim hari ini.

Jelas Firdaus, tindakan yang dibuat atas nasihat peguamnya itu selepas Siti Kasim mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang dibuat menerusi akaun Facebooknya.

"Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya di Facebook yang berbaur fitnah terhadap saya. Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya dan kemudian....

"Ini saman fitnah kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memfitnah saya sebelum ini. InsyaALLAH ini bukan yang terakhir. Minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman," katanya menerusi akaun Facebooknya.

Pada Jun lalu, kedua-dua individu yang boleh dianggap sebagai pengguna media sosial yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat di alam siber, saling menjawab cabaran mengenai debat antara mereka berdua di laman Facebook masing-masing.

Cabaran debat itu dibuat oleh Siti Kasim melalui ruangan komen dalam hantaran yang ditulis oleh Firdaus Wong di Facebook beliau berkaitan berita yang diterbitkan oleh National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia (NEFC) mengenai misi pertubuhan itu terhadap masyarakat Orang Asli.

Sehubungan itu, Firdaus berkata, beliau tidak akan berdiam diri lagi selepas diserang orang individu terbabit dan sudah sampai masa untuk mengambil tindakan mahkamah.

"Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang. Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir.

Artikel Berkaitan:

"Kita perlu serang dengan ilmiah serta tindakan undang-undang. Doakan kemenangan kita semua.

"Semoga ada kebaikan dari saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga. Allahuma Ameen," ujar beliau.