Guna petua mudah ini bagi menghalang semut masuk ke dalam bekas gula.
A
A

MESTI anda tidak keruan apabila mendapati gula yang disimpan dalam botol atau bekas khas dimasuki semut. Gara-gara semut, anda terpaksa membuang kesemua gula berkenaan.

Sebenarnya, anda boleh amalkan petua ini bagi menghalang kemasukan semut. Bahan-bahan ini semua boleh didapati di dapur anda.

1) Cengkih
Letak beberapa tangkai cengkih ke dalam bekas gula yang dimasuki semut.

Jangan tutup bekas terlalu rapat agar baunya lebih kuat dan dapat menghalau semut.

Jika tak ada cengkih, boleh juga gunakan kulit kayu manis.

Kedua-dua rempah ini bukan saja dapat menghalau semut bahkan, turut memberi aroma yang enak kepada gula anda.

Tapi, jangan risau kerana ia tidak akan mengubah rasa gula tersebut.

2) Asam keping/gelugur

Caranya cukup mudah, masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam bekas gula. Biarkan dalam bekas tersebut hingga semut keluar.
Anda jangan risau kerana bau asam gelugur tidak akan menukar rasa atau warna gula ya.
Selamat mencuba ya!