Fadilat kepada orang yang menguruskan jenazah

PELAJARILAH tatacara pengurusan jenazah kerana begitu banyak ganjaran yang diberikan ALLAH kepada mereka yang menguruskan jasad yang sudah tidak bernyawa. -FOTO: IHSAN BUMIJEZ SDN BHD.
PELAJARILAH tatacara pengurusan jenazah kerana begitu banyak ganjaran yang diberikan ALLAH kepada mereka yang menguruskan jasad yang sudah tidak bernyawa. -FOTO: IHSAN BUMIJEZ SDN BHD.
A
A
A

TUGAS menguruskan jenazah hukumnya ialah fardu kifayah.

Jika sebahagian masyarakat Islam sudah lakukan, maka terlepaslah masyarakat tersebut daripada dosa.

Jika mengabaikannya, maka seluruh masyarakat berdosa.

Dalam pengurusan jenazah, perlu kita kehahui bahawa ada empat perkara penting iaitu mandi, mengkafankan, solat dan mengebumikan jenazah.

Kepada mereka yang menguruskan jenazah, ALLAH SWT menjanjikan ganjaran yang begitu hebat.

Apakah fadilat kepada orang yang menguruskan jenazah?

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tabrani, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memandikan jenazah, lalu dia sembunyikan keaiban pada jenazah itu, maka diampunkan untuknya 70 dosa besar."

Selain itu, sesiapa yang mengafankan jenazah, ALLAH SWT akan memakaikan untuknya pakaian daripada syurga.

Artikel Berkaitan:

Ia bukan sekarang, tetapi selepas individu itu meninggal dunia.

Mereka yang melakukan solat jenazah akan mendapat ganjaran pahala sebesar Gunung Uhud.

Bagi yang mengiringi jenazah ke kubur, maka individu itu akan mendapat satu lagi pahala sebesar Gunung Uhud.

Ia sebagaimana hadis, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang melayan jenazah orang Muslim kerana iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menyelenggarakan pengebumiannya sehingga selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat, satu qirat kira-kira sebesar Bukit Uhud. Dan siapa yang mengikut solat jenazah sahaja, kemudian dia pulang sebelum dimakamkan, maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat." (Riwayat al-Bukhari dan Sunan an-Nasai)

Bagi mereka yang menggali kubur, dalam hadis riwayat al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang menggali kubur untuk jenazah, kemudian dia masukkan jenazah tadi ke dalam kubur, maka pahalanya akan mengalir."

(Sumber: Ustaz Fauzi Mustafa)

(ARTIKEL BERKAITAN: 'Lawan perasaan yang bukan-bukan')

(ARTIKEL BERKAITAN: Mengurus manusia tidak bernyawa)