Ibu hamil jangan takut suntikan tetanus

A
A
A

PERITNYA ibu hamil menanggung kesakitan suntikan tetanus. Tangan sebelah kiri yang disuntik terasa sangat kebas walau sudah beberapa hari berlalu dan badan terasa penat.

Mahu atau tidak ibu harus berhadapan dengan satu lagi suntikan tetanus tidak lama lagi. Ibu harus reda bagi keselamatan ibu dan bayi menghadapi proses kelahiran nanti.

Apa itu suntikan tetanus

IBU hamil akan menerima dua kali suntikan tetanus.
IBU hamil akan menerima dua kali suntikan tetanus.

1. Dikenali sebagai vaksin kancing gigi. Disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh toxin (racun) dari kuman yang dikenali sebagai clostridium tetani.

2. Kuman tetanus memasuki tubuh melalui luka yang terbuka. Mungkin luka kemalangan, luka ketika melahirkan bayi secara normal dan luka pada faraj (luka episiotomy). Ia akan merosakkan sistem saraf dan seterusnya membunuh pesakit namun ia boleh dicegah melalui suntikan vaksin anti tetanus.

Artikel Berkaitan:

Jangan menolak suntikan antitetanus

- Antitetanus adalah tetanus toxoid bertujuan melindungi ibu hamil dan anak yang bakal dilahirkan.

- Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantar ke bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Ia juga menghalang kelahiran pramatang.

- Suntikan untuk mencegah ibu hamil dan bayi daripada jangkitan tetanus yang boleh mengakibatkan kejang otot dan boleh membawa maut.

- Suntikan itu turut menjadi tidak relevan kerana sudah banyak hospital dibina, peralatan yang digunakan bersih dan dibasmi kuman.

- Bukan itu sahaja kesan daripada suntikan demam dan alergi, menyebabkan ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya, ia dapat mengurangkan risiko jika ibu hamil tinggal di kawasan pedalaman.

- Ini kerana ibu tidak tahu apa yang akan terjadi kemudian hari. Kemungkinan untuk melahirkan bayi di dalam kereta, lif, dalam bangunan dan sebagainya tidak dapat dielak jika terjadi. Lebih elok ibu menerima suntikan lagipun ia diberi percuma di klinik kerajaan.

Jumlah suntikan akan diterima

- Jika ini kehamilan pertama ibu, sekurang-kurang dua kali suntikan yang diberikan. Suntikan pertama diberikan pada awal kehamilan dan dos yang kedua diberikan pada selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

- Jika ibu hamil kali kedua dan jarak kehamilan kurang dua tahun daripada kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.