Aplikasi IPDM teroka cara berfikir Tun M

Marzuki ketika melancarkan aplikasi IPDM yang boleh diakses secara percuma oleh orang ramai.
Marzuki ketika melancarkan aplikasi IPDM yang boleh diakses secara percuma oleh orang ramai.
A
A
A
SINTOK - Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) Universiti Utara Malaysia hari ini melancarkan aplikasi yang membolehkan orang ramai meneroka cara berfikir Tun Dr Mahathir Mohamad melalui koleksi ucapan dan mutiara kata.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, aplikasi itu setakat ini boleh diakses melalui telefon pintar bagi pengguna android namun memperluaskan kepada semua penguna termasuk iPhone.

"Dua aplikasi yang sudah boleh dimuat naik ialah ‘Tun Dr Mahathir Mohamad Speech’ yang mengandungi koleksi ucapan sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981 sehinggalah berakhir sebagai Perdana Menteri ke-4 pada tahun 2003.

"Keduanya pula adalah, ‘Mutiara Kata’ yang dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, setakat ini orang ramai boleh memuat naik aplikasi itu secara percuma sementara penambahbaikan sedang dilaksanakan IPDM.
Artikel Berkaitan:


Terdahulu, Marzuki sempat menjadi tetamu dalam sesi temu bual santai yang dikendalikan Pengarah IPDM, Dr Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.