Pelajar putus kaki rempuh belakang lori ais

Seorang pelajar putus kaki kanan setelah merempuh belakang sebuah lori ais dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Taiping-Selama petang semalam.
Seorang pelajar putus kaki kanan setelah merempuh belakang sebuah lori ais dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Taiping-Selama petang semalam.
A
A
A

TAIPING - Seorang pelajar sekolah putus kaki kanan apabila motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah lori ais dalam kejadian di Kilometer 8, Jalan Taiping-Selama di sini petang semalam.

Mangsa, Muhammad Azham Mohd Rozhik, 16, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Bukit Jana di sini cedera parah di bahagian kaki kanan dalam kejadian sewaktu pulang dari sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kemalangan dipercayai berlaku lebih kurang jam 2.30 petang membabitkan mangsa menunggang motosikal jenis Honda Wave dan sebuah lori membawa muatan ais.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori ais berkenaan dari arah Taiping sedang berhenti untuk membelok ke simpang kanan bagi menghantar ais di sebuah premis cendol.

"Kemudian datang mangsa menunggang motosikal dari sama melanggar belakang lori berkenaan mungkin akibat tidak sempat mengelak.

"Mangsa menunggang motosikal kemudiannya mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kanan sebelum dihantar ke Hospital Taiping untuk diberi rawatan lanjut, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Osman berkata, siasatan polis mendapati kawasan kemalangan jalan lurus, terdapat garisan putus-putus sebagai pembahagi jalan dan sistem jalan dua hala.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Awam 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: