Remaja disahkan mati, menangis saat mahu dikebumi

Gandham Kiran diisytihar mati otak oleh doktor hidup kembali pada ketika ahli keluarga membuat persiapan untuk pengebumiannya.- Foto Dailymail
Gandham Kiran diisytihar mati otak oleh doktor hidup kembali pada ketika ahli keluarga membuat persiapan untuk pengebumiannya.- Foto Dailymail
A
A
A

TELANGANA - Seorang remaja dari India yang diisytihar mati otak oleh doktor hidup kembali saat ahli keluarga membuat persiapan untuk pengebumiannya.

Gandham Kiran, 18, dilaporkan koma minggu lalu selepas mengalami hepatitis teruk.

Keluarganya diberitahu pelajar dari Pillalamarri, Telangana itu akan terus berada dalam keadaan vegetatif dan tidak mempunyai peluang untuk hidup.

Namun, ibu remaja terbabit bernama Saidama yang selesai membalut mayat Kiran dengan kain terperanjat apabila melihat air mata anak lelakinya mengalir.

"Saya terkejut dan segera memberitahu saudara-mara yang kemudian menghubungi doktor.

"Kami diberitahu bahawa nadi anak saya masih ada dan bersyukur kerana alat bantuan pernafasan masih belum ditanggalkan," kata Saidama kepada Hindustan Times.

Menurut Saidama, dia mahu anak lelakinya menghembuskan nafas terakhir di kampung, oleh itu Kiran dibawa pulang bersama sistem sokongan hayat.

Tiga hari selepas Kiran hidup semula dia mula bercakap dan kini sedang menerima rawatan doktor. - Agensi

Artikel Berkaitan: