Aktivis anti-Islam kembali ke penjara

Pengasas EDL, Tommy Robinson dijatuhi hukuman sembilan bulan penjara selepas disabit bersalah menghina mahkamah.
Pengasas EDL, Tommy Robinson dijatuhi hukuman sembilan bulan penjara selepas disabit bersalah menghina mahkamah.
A
A
A

LONDON - Aktivis anti-Islam terkemuka Britain, Tommy Robinson dijatuhi hukuman sembilan bulan penjara hari ini selepas disabit bersalah menghina mahkamah.

Robinson, 36, didapati melanggar sekatan media apabila membuat rakaman secara langsung menerusi media sosial mengenai perbicaraan seorang suspek serangan seksual.

Bekas pemimpin Liga Pertahanan Inggeris (EDL) itu tiba lewat di Mahkamah Old Bailey bagi pendengaran kesnya kerana melayan karenah penyokongnya yang berhimpun di luar pekarangan mahkamah.

Sementara itu, suasana di luar Old Bailey tegang selepas ratusan penyokong Robinson mencetuskan kekecohan dengan memasang bom asap dan membaling botol minuman ke arah polis.

Mereka turut melaungkan 'kami mahu Tommy dibebaskan.'

Kelmarin, Robinson atau nama sebenarnya Stephen Yaxley-Lennon merayu secara terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump supaya memberinya suaka politik.

Rumah Putih bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang respons berhubung rayuan Robinson.

Robinson terkenal kerana sering mengeluarkan kenyataan berunsur kebencian dan anti-Islam di Britain. - Agensi

Artikel Berkaitan: