Gangguan perkhidmatan PJ City Bus laluan PJ 01

Majlis Bandaraya Petaling Jaya
A
A

PETALING JAYA - Perkhidmatan PJ City Bus laluan PJ 01 akan mengalami gangguan berikutan penutupan sementara Lebuhraya Baru Pantai Timur (NPE) bermula jam 2 pagi hingga 11 pagi pada 14 Julai ini.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara lebuh raya itu bagi memberi laluan kepada program larian ‘IJM Allianz Duo Highway Challenge 2019’.

"Laluan perkhidmatan PJ 01 akan beroperasi seperti biasa selepas Lebuhraya NPE dibuka semula kepada semua kenderaan pada 11 pagi.

"Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Perancangan Pengangkutan, Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ di talian 03-7956 3544 sambungan 357/353 (waktu pejabat) atau Aduan MBPJ di talian 03-7954 2020," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia