Maklumat jemaah haji kini dalam kad pintar

Sehingga 25,000 jemaah haji di Mina akan diberi kad pintar berteknologi tinggi yang menyimpan pelbagai maklumat peribadi jemaah. - Foto Arab News
Sehingga 25,000 jemaah haji di Mina akan diberi kad pintar berteknologi tinggi yang menyimpan pelbagai maklumat peribadi jemaah. - Foto Arab News
A
A
A

JEDDAH - Sehingga 25,000 jemaah haji pada tahun ini akan diberi kad pintar berteknologi tinggi menerusi program perintis yang dilancarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Kad tersebut akan menyimpan maklumat peribadi, status kesihatan, penempatan dan maklumat terperinci jemaah haji.

Menurut ketua pegawai perancangan dan strategi Kementerian Haji dan Umrah, Dr. Amr Al-Maddah, jemaah juga akan dilengkapi dengan pengesan untuk mengetahui pergerakan mereka yang dikawal bilik kawalan di Mina.

“Ia adalah peringkat eksperimen untuk inisiatif kad pintar yang diusahakan dan kami akan mengkaji sejauh mana ia dapat memberi manfaat kepada jemaah haji,” katanya.

Sementara itu, kementerian juga akan mengeluarkan sehingga 200,000 kad pengenalan jemaah yang mempunyai teknologi penyimpanan maklumat sama tanpa ciri penjejakan lokasi.

Kad boleh diimbas itu akan membenarkan penyedia perkhidmatan haji mengenalpasti jemaah haji dengan segera, mengakses sejarah perubatan mereka dan menyediakan bantuan yang diperlukan. - Arab News

Artikel Berkaitan: