Dadah: Suami isteri, anak ditahan

Lebih 1kg dadah ditemui dalam serbuan sebuah kereta, Selasa lalu.
Lebih 1kg dadah ditemui dalam serbuan sebuah kereta, Selasa lalu.
A
A
A

IPOH - Sepasang suami isteri bersama anak perempuan mereka berusia 13 tahun ditahan selepas serbuan ke atas sebuah kereta menemui lebih 1kg dadah jenis heroin.

Dalam serbuan jam 3 pagi Selasa lalu, polis turut menahan seorang lelaki dipercayai kenalan pasangan terbabit berusia 48 tahun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, kereta jenis Wira Aeroback terbabit diletakkan dalam kawasan parkir di sebuah restoran makanan segera di Jalan Tambun Sunway City.

"Pemeriksaan lanjut kemudiannya menemui bungkusan dadah anggaran bernilai RM15,000 berdekatan tempat duduk hadapan dipercayai bagi tujuan edaran di kawasan sekitar," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, suspek berusia 44 tahun itu memiliki enam kes membabitkan dadah selain jenayah senjata berbahaya dan cabul sementara rakannya memiliki satu rekod bersabit kes dadah.

"Ujian air kencing ke atas kedua-dua lelaki berkenaan juga positif dadah jenis morfin.

"Isteri suspek berusia 47 tahun serta anaknya yang masih bersekolah di sebuah sekolah di Pulau Pinang bebas dari sebarang dadah," katanya.

Beliau berkata, suami isteri serta kenalannya telah direman selama lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

"Remaja berkenaan turut direman selama empat hari di bawah akta sama," katanya.