Serangan bom kereta ragut 13 nyawa di Syria

Konflik di Afrin menyebabkan penduduk meninggalkan bandar itu beramai-ramai.
Konflik di Afrin menyebabkan penduduk meninggalkan bandar itu beramai-ramai.
A
A
A

BEIRUT - Serangan bom kereta di sebuah pos pemeriksaan dikendalikan pemberontak di utara Afrin, Syria hari ini meragut 13 nyawa.

Insiden itu turut mengorbankan lapan penduduk awam.

"Letupan berlaku berhampiran pos pemeriksaan kenderaan di pintu masuk ke bandar Afrin," kata Pemerhati Hak Asasi bagi Syria (SOHR).

Tentera Turki menguasai bandar Afrin daripada pasukan Kurdish pada Mac tahun lalu selepas operasi ketenteraan udara dan darat selama dua bulan. - AFP

Artikel Berkaitan: