Bimbang peruntukan belia tak sampai: Muhyiddin

Muhyiddin (tengah) menyampaikan sumbangan kepada bakal haji, Atiman Kadar, di Dewan Sekolah Kebangsaan Sri Bukit Pasir, Muar.
Muhyiddin (tengah) menyampaikan sumbangan kepada bakal haji, Atiman Kadar, di Dewan Sekolah Kebangsaan Sri Bukit Pasir, Muar.
A
A
A

PAGOH - Keputusan kerajaan Johor untuk mengekalkan had umur belia dari 15 hingga 40 tahun dikhuatiri akan memberikan kesan kepada kumpulan belia di negeri ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pematuhan terhadap pelaksanaan undang-undang itu adalah penting sebagai usaha menyeragamkan agenda negara.

“Ini sebagai memberi satu pengiktirafan kepada anak-anak muda untuk gerak kerja di seluruh Malaysia. Tujuan tak lain adalah menyeragamkan had umur di satu peringkat yang sememangnya diguna pakai di peringkat antarabangsa.

“Zaman sekarang ni kalau anak dah 30 tahun itu dah cukup dewasa iaitu seawal 15 hingga 30 tahun.

“Saya bimbang jika Johor tak ikut cara begitu, nanti bantuan-bantuan untuk gerakan belia dan sebagainya tak sampai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Meraikan Bakal Haji/ Hajah bagi Parlimen Pagoh.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, sekiranya pusat di bawah PH sudah memutuskan Rang Undang-Undang sedemikian untuk diguna pakai di peringkat nasional, maka adalah lebih elok jika negeri di bawah PH mengikut dasar yang sama.

Artikel Berkaitan:

“Melihat perspektif ini saya lihat ada pentingnya untuk semua pihak mematuhi,” katanya.