Saudi Aramco, Hyundai Motor meterai kerjasama

WAKIL Hyundai Motor dan Saudi Aramco menandatangani MoU baru-baru ini.
WAKIL Hyundai Motor dan Saudi Aramco menandatangani MoU baru-baru ini.
A
A
A

TEKNOLOGI masa depan terus diteroka. Terbaharu penggunaan hidrogen sebagai alternatif bahan api kenderaan dalam industri automotif turut dikaji. Ke arah usaha berkenaan, Syarikat Hyundai Motor menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Arab Saudi Oil Company (Saudi Aramco) baru-baru ini.

MoU itu antara lain menyediakan rangka kerja untuk mempercepatkan perkembangan ekosistem hidrogen di pasaran Arab dan Korea Selatan. Turut diselidik ialah penggunaan bahan bukan logam maju dalam pelbagai bidang termasuk industri automotif.

Di samping kerjasama itu, Hyundai Motor dan Saudi Aramco akan meningkatkan kesedaran kenderaan sel bahan api hidrogen Hyundai di Arab Saudi.

Naib Pengerusi Eksekutif (EVC) Hyundai Motor Company, Euisun Chung berkata, kerjasama Hyundai Motor dan Saudi Aramco akan mempercepatkan kemajuan ke arah 'masyarakat hidrogen'.

"Kami akan berusaha untuk mengembangkan akses kepada infrastruktur hidrogen dan sel bahan bakar kenderaan elektrik. Kerjasama ini juga akan menyokong pendekatan global untuk masa depan yang lebih baik, mampan, sambil meneroka perniagaan dan teknologi automotif masa depan," kata Chung.

Mengikut laporan Badan Tenaga Antarabangsa dikeluarkan semasa pertemuan Menteri Tenaga dan Alam Sekitar G20 di Jepun baru-baru ini, hidrogen kini semakin mendapat perhatian dunia.

Dengan jumlah dasar dan projek di seluruh dunia kian berkembang pesat, laporan itu menyimpulkan bahawa sekarang merupakan masa terbaik untuk meningkatkan teknologi dan menurunkan kos untuk membolehkan hidrogen digunakan secara meluas.

Pada penghujung acara eksklusif yang diadakan menjelang mesyuarat Menteri G20 itu, Chung berkongsi kepercayaan syarikat bahawa 'masyarakat berkuasa hidrogen' merupakan penyelesaian yang paling sesuai untuk peralihan tenaga yang berjaya untuk sektor pengangkutan.

Artikel Berkaitan: