Peniaga durian dikompaun guna timbang tamat tempoh

Anggota Penguatkuasa PKPDNHEP Cawangan Raub memeriksa alat timbangan yang digunakan peniaga durian ketika operasi di sekitar Raub baru-baru ini.
Anggota Penguatkuasa PKPDNHEP Cawangan Raub memeriksa alat timbangan yang digunakan peniaga durian ketika operasi di sekitar Raub baru-baru ini.
A
A
A

RAUB - Seramai 11 peniaga durian di daerah ini akan dikenakan kompaun kerana didapati menggunakan alat timbang dan sukat tamat tempoh.

Tindakan itu dikeluarkan oleh pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Raub dalam satu operasi diadakan di sekitar daerah itu bermula Isnin lalu.

Ketua cawangannya, Abdul Mubin Ahmad berkata, pihaknya mengambil pendekatan tersebut pada 8 dan 9 Jun lalu selepas mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972.

Menurut Abdul Mubin, pihaknya mendapati peniaga durian tidak membuat pemeriksaan alat penimbang yang boleh menimbulkan keraguan kepada pembeli.

Seramai 11 peniaga durian di Raub bakal dikenakan kompaun kerana didapati menggunakan alat timbang dan sukat tamat tempoh.
Seramai 11 peniaga durian di Raub bakal dikenakan kompaun kerana didapati menggunakan alat timbang dan sukat tamat tempoh.

"Perbuatan mereka dikesan selepas KPDNHEP dan Metrology Corporation Malaysia (MCM) menjalankan operasi di sekitar Sungai Ruan dan Jalan Tras.

“Sebanyak 30 gerai diperiksa dan 11 daripada itu melakukan kesalahan menggunakan timbang tamat tempoh sah.

"Jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda RM40,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Abdul Mubin berkata operasi ini dilakukan bagi memberi penjelasan kepada masyarakat pentingnya ketepatan timbang dan sukat dalam perniagaan.

Anggota Penguatkuasa PKPDNHEP Cawangan Raub memeriksa alat timbangan yang digunakan peniaga durian ketika operasi di sekitar Raub baru-baru ini.
Anggota Penguatkuasa PKPDNHEP Cawangan Raub memeriksa alat timbangan yang digunakan peniaga durian ketika operasi di sekitar Raub baru-baru ini.

Menurutnya, orang awam juga harus tidak mudah terpedaya dengan peniaga yang ingin mengambil kesempatan dalam urus niaga yang melibatkan timbangan.

"Kita turut merampas 11 alat timbangan untuk tujuan siasatan. Operasi ini akan diteruskan sehingga berakhirnya musim durian di daerah ini.

"Kepada peniaga, sila gunakan alat timbang yang telah disahkan bagi memastikan ketepatan timbangan," katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan kepada KPDNHEP antaranya menerusi talian 1 Malaysia One Call Centre 03-80008000 dan Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik di 03-88826088.