Petua hilangkan bau durian dalam kenderaan

Tangkai durian diletakkan pada corong pendingin hawa kereta untuk menghilangkan bau durian.
Tangkai durian diletakkan pada corong pendingin hawa kereta untuk menghilangkan bau durian.
A
A
A
BAU durian dalam kereta pasti boleh membuatkan kita akan pening, lebih-lebih lagi buat mereka yang tidak menyukai durian. Baunya boleh hilang namun, mengambil masa yang lama.

Pun begitu, anda jangan risau. Ada beberapa petua yang boleh digunakan bagi menghilangkan bau tersebut dalam masa yang singkat.

1) Tangkai durian

Cara mudah, ambil dua atau tiga tangkai durian dan belah hujungnya. Kemudian, lekatkan hujung tangkai itu pada jejari pendingin hawa kereta anda. Biarkan ia di situ selama beberapa hari hingga bau tersebut hilang. Lakukan sekarang baru anda tahu kesannya!

2) Kopi

Ambil sedikit serbuk kopi dan balut dalam kain kasa atau kain sapu tangan. Biarkan ia semalaman dalam kereta. Serbuk kopi dalam uncang juga boleh digunakan hanya sangkut beberapa uncang pada mana-mana bahagian dalam kereta. Kopi sebenarnya berupaya menyerap bau-bauan secara efektif sama ada dalam kereta, bilik tidur dan bahagian-bahagian bertutup.

3) Roti

Ambil beberapa keping roti putih seperti jenama Gardenia. Koyakkan kepada beberapa bahagian dan letak merata dalam kereta anda. Biarkan semalaman ya, esoknya anda boleh rasai sendiri keberkesanannya. Roti boleh menyerap bau durian dengan berkesan.

Selamat mencuba ya!
Artikel Berkaitan: