X

Kindly register in order to view this article
!

Aksi Melaka United - PKNS FC esok ditunda angkara influeza

A
A

PERLAWANAN Liga Super ke-21 membabitkan pasukan Melaka United dan PKNS FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hang Jebat esok, ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Melaka (Musa), Farhan Ibrahim menerusi satu kenyataan hari ini berkata ia berikutan permohonan pasukan PKNS FC kepada Malaysia Football League (MLF) untuk menunda perlawanan tersebut.

“Pihak kami akan sentiasa menghormati dan memberi kerjasama kepada sebarang keputusan penangguhan perlawanan yang ditetapkan oleh pihak MSL,” katanya.

Katanya, pihaknya sentiasa prihatin terhadap situasi yang dihadapi oleh pasukan PKNS FC dan mendoakan agar semua pemain pasukan berkenaan yang terlibat dengan jangkitan virus Influeza B dapat kembali pulih. - Bernama