Tiada kompromi isu pelarian terlibat keganasan

Ayob Khan (lima dari kanan) beramah mesra bersama Pengetua SMK Tunku Abdul Aziz Nur'asikin Othman dan juga pelajar cemerlang yang menerima anugerah di majlis berkenaan.
Ayob Khan (lima dari kanan) beramah mesra bersama Pengetua SMK Tunku Abdul Aziz Nur'asikin Othman dan juga pelajar cemerlang yang menerima anugerah di majlis berkenaan.
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelarian yang berlindung di negara ini yang terlibat dalam kumpulan atau aktiviti keganasan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E-8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak mahu negara Malaysia dijadikan pangkalan atau pusat kepada kegiatan keganasan termasuk aktiviti mengumpul dana yang dijalankan mereka.

Menurutnya, pihaknya juga khuatir dengan segelintir kecil etnik Rohingya yang berada di Malaysia ketika ini yang terlibat dengan aktiviti keganasan.

"Ini berikutan kumpulan atau individu terbabit mampu mengancam keselamatan negaral," katanya, ketika ditemui di Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz, di sini hari ini.

Menurutnya, kumpulan berkenaan dikenal pasti terlibat dalam pengumpulan dana untuk disalurkan pada kumpulan pengganas.

"Itu yang kita ambil tindakan, ada juga suspek yang buat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Bangladesh.

"Kalau mereka nak datang Malaysia untuk berlindung, itu keputusan kerajaan, tetapi mana-mana individu orang asing yang masuk ke Malaysia sama ada di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan sebagainya, kalau melanggar undang undang pasti ambil tindakan, tiada tolak ansur," katanya.

Semalam, PDRM telah menahan empat orang lelaki termasuk seorang individu yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas menerusi operasi di Selangor dan Kedah antara 14 Jun hingga 3 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Kesemua mereka yang ditahan terdiri dari dua lelaki warga Rohingya dan masing-masing satu dari Filipina dan India.