Ford Ranger trak pikap terbaik Malaysia 2019

WAKIL Ford Ranger (kanan) menerima Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan.
A
A

RASANYA tidak perlu lagi dipertikaikan kemampuan kenderaan legenda dalam dunia kenderaan pacuan empat roda itu.

Setelah beberapa banyak pengiktirafan kepadanya diberikan, terbaharu Ford Ranger telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik 2019, Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan.

Bersandarkan beberapa kriteria yang disyaratkan untuk pemilihan penerima anugerah tersebut iaitu peningkatan, pegangan saham, strategi pemasaran, nilai jualan dan kelebihan utama saingan, Ford Ranger membuktikan pencapaiannya. Dek prestasi keseluruhan yang kukuh, Sime Darby Auto ConneXion, pengedar tunggal Ford di Malaysia berjaya mengatasi para pencabar yang lain.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, pihaknya berbesar hati dengan pengiktirafan berprestij yang diterima.

"Anugerah itu merupakan manifestasi daripada ramai individu termasuk kakitangan kami, para pelanggan dan pelabur. "Mereka meletakkan kepercayaan kepada organisasi kami dan memberi sumbangan yang begitu bermakna untuk masa hadapan jenama tersebut.

"Ranger sering kali membuktikan bahawa ia sememangnya merupakan tanda aras industri bagi segmen trak pikap. Peningkatan kecekapan, penyempurnaan dan pelbagai inovasi teknologi terbaharu membantu meluaskan lagi daya tarikan Ranger di Malaysia,” tambah beliau lagi dalam kenyataan media baru-baru ini. Anugerah Frost & Sullivan merupakan pengiktirafan terbaharu untuk jenama itu selepas meraih beberapa anugerah besar yang lain sebelum itu.

ANTARA anugerah yang dimenangi For Ranger:

  • Trak Pikap Terbaik Malaysia (Tahun 2019 oleh Cars of Malaysia Awards)
  • Trak Pikap Terbaik oleh DSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY) Award 2019 (VOTY)
  • Trak Pikap Terbaik Tahun 2018 oleh Malaysia Car Of The Year (COTY)
  • Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik 2018 bagi People’s Choice Awards Editor’s Choice Award daripada Carlist.my
  • Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 daripada TopGear Chinese
Para penerima anugerah dikenal pasti berdasarkan temu bual yang terperinci, analisis dan kajian meluas peringkat kedua yang dijalankan oleh para penganalisa Frost & Sullivan.

Untuk info lanjut atau untuk membaca laporan pandu uji Ford Ranger yang ditulis penulispenulis automotif terkenal Malaysia, layari https://www.sdacford.com.my/bm/cerita-ford