Lapan warga Indonesia ditahan

Sebahagian daripada PATI Indonesia yang ditahan dalam operasi berkenaan di kawasan hutan berhampiran Pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi, pagi semalam.
Sebahagian daripada PATI Indonesia yang ditahan dalam operasi berkenaan di kawasan hutan berhampiran Pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi, pagi semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia ditahan di kawasan hutan berhampiran Pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi, kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Lebih malang, kesemua mereka berusia 30 hingga 61 tahun yang ditahan Pasukan Polis Wilayah 2 (PPMW2) itu diberkas tidak sampai satu jam sebaik tiba di lokasi berkenaan selepas menaiki bot pancung dari negara jiran tersebut.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2 (PPMW2), Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, tangkapan adalah terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita dewasa.

"Kesemua PATI ini telah ditahan ketika sedang bersembunyi di kawasan hutan selepas memasuki negara melalui jalan air dari Pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar.

"Ketika ditahan mereka ini juga memaklumkan baharu sahaja tiba di negara ini dan sedang menunggu tekong darat untuk mengambil mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Paul berkata, mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke Markas PPMW2 Pengerang untuk siasatan lanjut dan proses dokumentasi.

"Semasa tangkapan kesemua PATI ini juga gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963," katanya.

Artikel Berkaitan: