Sultan Kedah lawat tapak Hospital Pendang

Hospital Pendang

Sultan Kedah (dua dari kiri) melihat model bangunan Hospital Pendang ketika lawatan ke tapak pembinaan hospital berkenaan hari ini.
Sultan Kedah (dua dari kiri) melihat model bangunan Hospital Pendang ketika lawatan ke tapak pembinaan hospital berkenaan hari ini.
A
A
A

PENDANG - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan melawat tapak pembinaan Hospital Pendang, hari ini.

Hospital berkenaan yang berkeluasan sembilan hektar dijangka siap sepenuhnya hujung 2021 dengan kapasiti sebanyak 126 katil pesakit.

Hadir sama dalam lawatan tersebut Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tuanku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang, Syed Khairol Anuar Syed Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Orangebeam Berhad, Datuk Faris Yahaya.

Sementara itu, Faris berkata, ini adalah suatu penghormatan bagi Orangebeam melaksanakan projek hospital kerajaan yang berkepentingan tinggi ini.

"Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya dan rakan kongsi Seri Libana Sdn Bhd kerana berkeyakinan terhadap kemampuan Orangebeam menyempurnakan projek ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan," katanya.

Menurut Faris, pihaknya akan melaksanakan projek ini dengan menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri Digital (IBS) yang akan membantu dengan pengurusan kos dan masa secara cekap.

Artikel Berkaitan: