Tiada keperluan kaji kedudukan Rania Zara dalam CCM

Dzulkefly (dari dari kiir) pada sidang media program Ikon Gigi Orang Asli (iGGOA) di Kampung Orang Asli Menderang 1 hari ini.
Dzulkefly (dari dari kiir) pada sidang media program Ikon Gigi Orang Asli (iGGOA) di Kampung Orang Asli Menderang 1 hari ini.
A
A
A

SUNGKAI - Tiada keperluan untuk Kementerian Kesihatan mengkaji semula pelantikan transgender, Rania Zara Medina sebagai Ahli Jawatankuasa Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelantikan berkenaan dibuat mengikut pematuhan tatacara dan prosedur operasi standard (SOP) yang betul.

"Tidak perlu untuk ia dipandang semula kerana lantikan itu mematuhi segala peraturan. Lantikan itu juga adalah dari kelompok transgender yang menjadi amalan sejak pentadbiran terdahulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Ikon Gigi Orang Asli (iGGOA) peringkat Kebangsaan di Kampung Orang Asli Menderang 1 di sini hari ini.

Menurutnya, isu lantikan berkenaan tidak sepatutnya dipolitikkan atau digembar-gemburkan memandangkan ia melalui proses yang teliti.

"Sesiapapun boleh beri cadangan dan sebagai kerajaan kita bersikap terbuka serta sedia mempertimbangkannya tetapi dalam hal ini (lantikan Rania Zara) ia mematuhi segala peraturan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pelantikan transgender itu sah mengikut prosedur sedia ada dan Rania Zara dipilih berdasarkan wakil masyarakat penduduk sasar iaitu transgender, hubungan seks lelaki bersama lelaki (men-sex-with-men), pekerja seks wanita, penagih dadah dan orang yang hidup dengan HIV/AIDS (PLHIV).

CCM Malaysia ditubuhkan atas keputusan Kabinet pada 2009 untuk menangani penyakit HIV/AIDS melalui sumbangan antarabangsa seperti Global Fund selain berfungsi mengawal HIV/AIDS sejajar Pelan Strategik Nasional untuk menangani wabak berkenaan di negara ini.

Artikel Berkaitan: