Singapura usir rakyat Myanmar biaya pemberontak Rakhine

Myanmar menyifatkan Tentera Arakan sebagai sebuah organisasi pengganas.
A
A

SINGAPURA - Pihak berkuasa Singapura dilaporkan akan mengusir sekumpulan warga Myanmar yang ditahan selepas dituduh mengumpul sokongan untuk kekejaman bersenjata terhadap kerajaan Myanmar.

Kementerian Dalam Negeri Singapura semalam berkata, warga Myanmar yang ditahan dituduh menyalurkan bantuan kewangan kepada Tentera Arakan (AA), sebuah kumpulan pemberontak bersenjata yang memperjuangkan autonomi lebih luas di Rakhine.

Menurut kementerian terbabit, salah seorang didapati menganjurkan aktiviti pengumpulan dana dalam kalangan komuniti Myanmar di Singapura.

"Mereka tidak seharusnya membawa isu politik daripada negara mereka ke Singapura," kata kenyataan tersebut sambil menambah mereka yang didapati bersalah terlibat dalam aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan akan diusir.

Jurucakap AA, Khine Thu Kha bagaimanapun menafikan mereka yang ditahan adalah ahli kumpulan AA sebaliknya ia hanya organisasi peringkat komuniti.

Sementara itu, jurucakap polis Myanmar, Myo Thu Soe berkata, pihaknya tidak tahu mengapa polis Singapura menahan kesemua individu terbabit.

"Penahanan tidak berlaku kerana kami meminta mereka berbuat demikian," katanya.

Myanmar menyifatkan AA yang biasanya merekrut ahli dalam kalangan majoriti penganut Buddha sebagai sebuah organisasi pengganas. - Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia