Projek tambak laut: PM kaji bantahan nelayan

Nelayan dari Perak dan Pulau Pinang bersama aktivis alam sekitar berhimpun di pintu masuk Parlimen, pagi tadi.
Nelayan dari Perak dan Pulau Pinang bersama aktivis alam sekitar berhimpun di pintu masuk Parlimen, pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji bantahan nelayan berhubung projek tambakan laut melibatkan pembinaan tiga pulau buatan di selatan Pulau Pinang.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menilai bantahan nelayan utara tanah air itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita akan kaji pendapat mereka (nelayan) dan sekiranya benar dakwaan seperti disangka, maka kerajaan akan ambil tindakan secepatnya.

“Jika mereka kemukakan memorandum bantahan, kerajaan akan baca dan teliti,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pagi ini, kira-kira 200 nelayan dari Perak dan Pulau Pinang, bersama aktivis alam sekitar berhimpun di pintu masuk Parlimen bagi membantah projek tambakan laut melibatkan pembinaan tiga pulau buatan di selatan Pulau Pinang.

Kesemua mereka yang berpakaian putih berhimpun di Tugu Negara bermula pukul 8 pagi, sebelum berarak ke Parlimen sambil menyanyikan lagu Negaraku kira-kira sejam kemudian.

Ketua Nelayan Pulau Pinang Nazri Ahmad berkata mereka menolak projek itu kerana pembinaan tiga pulau buatan berkenaan tidak memberi kebaikan bahkan menjejaskan sumber mata pencarian nelayan.

Artikel Berkaitan:

Nelayan dari Perak dan Pulau Pinang bersama aktivis alam sekitar berhimpun di pintu masuk Parlimen, pagi tadi.
Nelayan dari Perak dan Pulau Pinang bersama aktivis alam sekitar berhimpun di pintu masuk Parlimen, pagi tadi.

Mereka kemudian menyerahkan diserahkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik, yang merupakan ahli Parlimen Balik Pulau.

Seramai 13 wakil nelayan dan NGO kemudiannya dibenarkan memasuki bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum tersebut.

Kumpulan berkenaan menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada beberapa kementerian, termasuk kepada Dr Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Memorandum turut diserahkan kepada lapan lagi kementerian iaitu, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad; Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin; Menteri Air, Tanah, dan Sumber Asli Xavier Jayakumar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin; Menteri Pengangkutan Anthony Loke; Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub; dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun.