Wabak ILI menular di NS

S Veerapan
S Veerapan
A
A
A

SEREMBAN - Peningkatan wabak kes Influenza Like Illness (ILI) atau jangkitan salur pernafasan dilaporkan semakin menular di negeri ini, apabila merekodkan sebanyak 168 kes sejak awal tahun ini sehingga 6 Julai lalu.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, kes tersebut meningkat sehingga 62.5 peratus di lima kluster, bagi tempoh yang sama.

Katanya, daripada jumlah itu, Seremban adalah daerah tertinggi kes ILI apabila merekodkan 37 kes di lima kluster, manakala Jempol 98 kes di empat kluster.

"Rembau turut merekodkan 16 kes di tiga kluster, Jelebu 14 kes di dua kluster dan Port Dickson tiga kes di satu kluster.

“Hanya dua kes dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut manakala kes lain dirawat sebagai pesakit luar.

“Namun tiada kematian akibat ILI dilaporkan setakat ini dan tiada juga premis yang ditutup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai wabak itu, Veerapan berkata, ILI meliputi pelbagai jenis influenza termasuk Influenza A dan B yang boleh berlaku di dalam komuniti secara bermusim.

Katanya, penyakit ini menyebabkan seseorang itu demam, selesema, batuk dan boleh menjadi teruk menyebabkan radang paru-paru (pneumonia).

Artikel Berkaitan:

“Penyakit ini disebabkan virus dan ditularkan melalui jangkitan pernafasan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, penyakit itu tiada kaitan dengan pencemaran udara atau sungai.

"Orang ramai dinasihatkan segera mendapatkan pemeriksaan jika mempunyai gejala jangkitan salur pernafasan, elakkan ke tempat tumpuan ramai, memakai penutup hidung dan mulut serta mendapatkan rawatan segera," katanya.