Omni solusi keperluan panggilan perniagaan

OMNI yang disokong dengan rangkaian 4G Lte berkualiti tinggi itu membolehkan pengusaha perniagaan membuat, menerima, mengurus panggilan telefon bersama penyambut tetamu maya menggunakan talian tetap.
OMNI yang disokong dengan rangkaian 4G Lte berkualiti tinggi itu membolehkan pengusaha perniagaan membuat, menerima, mengurus panggilan telefon bersama penyambut tetamu maya menggunakan talian tetap.
A
A
A

DIGI Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memperkenalkan Omni sebagai solusi menyeluruh bagi memenuhi keperluan urusan panggilan perniagaan di negara ini.

Omni yang disokong dengan rangkaian 4G Lte berkualiti tinggi itu membolehkan pengusaha perniagaan membuat, menerima, mengurus panggilan telefon bersama penyambut tetamu maya menggunakan talian tetap.

Perkhidmatan yang diperkenalkan pada tahun 2018 itu dimanfaatkan beberapa syarikat dari industri kesihatan yang mengutamakan keperluan respons masa nyata.

Menurut Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan, hanya dengan Omni, ia membolehkan pemilik mengendalikan panggilan dengan bantuan teknologi.

“Pelbagai ciri kefungsian Omni yang dirumus khas untuk membantu mengurus perniagaan mereka dan seterusnya menjana pertumbuhan syarikat.

“Pemilik perniagaan tidak perlu berasa khuatir dengan kemungkinan hilangnya peluang perniagaan atau terlepas peluang untuk menjawab pertanyaan pelanggan,” katanya.

Untuk menjimatkan masa, syarikat perniagaan juga boleh menggunakan ciri pemindahan panggilan untuk mengalihkan pelanggan mereka kepada individu atau jabatan yang dikehendaki.

“Dengan teknologi transkripsi suara ke teks, rakaman panggilan dan mel suara yang ditinggalkan oleh pelanggan boleh ditukar ke dalam bentuk teks dan dihantar melalui e-mel kepada pemilik perniagaan untuk dilihat atau dijawab pada bila-bila masa,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan: