Lensa terbaharu Canon jadi rebutan

POTRAIT prime lens dengan jarak fokus 85mm f/1.2L USM yang baharu menjadi rebutan juru foto profesional dan amatur.
POTRAIT prime lens dengan jarak fokus 85mm f/1.2L USM yang baharu menjadi rebutan juru foto profesional dan amatur.
A
A
A

CANON Marketing Malaysia baru-baru ini melancarkan portrait prime lens dengan jarak fokus 85mm f/1.2L USM yang baharu.

Prime lenses itu menjadi rebutan jurufoto profesional dan amatur kerana memiliki kelebihan perspektif, kedalaman dan keupayaan merakam kesan bokeh yang cukup indah.

Selain mencapai jarak fokus minimum 0.85mm dan pembesaran maksimum sehingga 0.12x, lensa terbaharu itu membolehkan peningkatan kepada keupayaan rakaman individu secara dekat dan objek yang kecil.

Lebih menyerlah kecanggihannya, lensa terbaharu itu turut dibangunkan dengan 13 elemen dalam sembilan kumpulan termasuk elemen optik Blue Spectrum Refractive (BR).

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Andrew Koh turut berkongsi hasrat untuk memenuhi tuntutan kehendak profesional terhadap sistem EOS R.

“Dengan adanya RF85mm f / 1.2L USM yang baharu dilancarkan akan memperluaskan lagi capaian prestasi lensa RF sebagai pendahulu L-series dalam memanfaatkan lekapan RF terbaharu.

“Ini sekali gus memaksimumkan prestasi penggunaan kanta dalam merakam potret yang menakjubkan dan kesan bokeh,” katanya.

Lensa tersebut juga mempunyai Canon Air Sphere Coating (ASC) untuk mengurangkan suar lensa dan ghosting yang disebabkan oleh pantulan.

Artikel Berkaitan:

Ia juga meningkatkan kejernihan imej dan kontras apabila merakam latar belakang subjek selain menambah dimensi ke dalam gambar.