Pendatang Yahudi ceroboh Masjid al-Aqsa

Pendatang Yahudi menceroboh kompleks Masjid al-Aqsa
Pendatang Yahudi menceroboh kompleks Masjid al-Aqsa
A
A
A

BAITULMAQDIS - Lebih 100 pendatang Yahudi menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa menerusi pintu al-Magharibah semalam.

Pihak Berkuasa Wakaf Islam Baitulmaqdis berkata, kehadiran mereka turut diiringi pasukan keselamatan Israel.

Jurucakapnya, Firas Al-Dibs berkata, pendatang terbabit turut melakukan ritual keagamaan dan tindakan provokasi sebaik melangkah masuk ke kompleks berkenaan.

Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Palestin yang menganggap pihak berkuasa Israel mengamalkan sikap double standard.

"Pendatang Yahudi terbabit bebas berbuat apa sahaja dan mereka berasa selamat kerana dilindungi polis Israel," kata Al-Dibs.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.

Pada April lalu, lebih 500 pendatang Yahudi menceroboh kawasan itu sempena perayaan Passover. - Agensi

Artikel Berkaitan: