Polis dedah video saat cemas nahas pesawat

Detik cemas rakaman nahas itu. - Daily Mail
Detik cemas rakaman nahas itu. - Daily Mail
A
A
A

ITALI - Polis mendedahkan dua video nahas udara membabitkan sebuah helikopter dan pesawat ringan di pergunungan Alps, Itali hingga menyebabkan tujuh maut, dalam kejadian pada Januari lalu.

Pertembungan di udara itu berlaku pada 25 Januari berhampiran glacier Rutor di Lembah Aosta, kira-kira 50 km barat laut dari bandar Turin.

Memetik laporan Daily Mail, nahas itu berlaku di Lembah Aosta iaitu terletak kira-kira 80 kilometer di barat laut bandar Turin.

Rakaman durasi 37 saat itu dirakam dari dua kamera GoPro yang ditemui di lokasi dan masih dalam keadaan baik.

Video itu memaparkan saat-saat cemas ketika kemalangan yang meragut tujuh nyawa apabila serpihan helikopter dan pesawat berterbangan di udara malah kedengaran hentakan kuat dari kemalangan itu.

Jurucakap polis memberitahu radio RAI di Itali bahawa pesawat itu memasuki ruang udara Itali tanpa memberitahu kawalan lalu lintas udara tempatan hingga mengakibatkan berlaku pertembungan.

Artikel Berkaitan: