JPS setuju percepat bina Empangan Lebir

Kamal Mustapha
Kamal Mustapha
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyambut baik cadangan untuk mempercepatkan pembinaan Empangan Lebir di bawah projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB).

Pengarah JPS Kelantan, Kamal Mustapha berkata, projek Empangan Lebir bernilai RM3.5 bilion itu bakal memberikan manfaat daripada pelbagai aspek.

Beliau berkata, Kelantan perlu ada dua empangan iaitu Lebir dan Nenggiri di kawasan hulu sebelum tiba ke hilir yang melibatkan projek tebatan banjir Kampung Laut.

“Dalam lawatan menteri semalam (kelmarin) memberi peluang dan lebih fokus untuk kita maklumkan mengenai situasi semasa di Kelantan.

"Nampaknya menteri lebih cepat memahami keadaan kita di Kelantan dan apabila cadangan kerajaan negeri untuk percepatkan projek itu dikemukakan beliau nampak positif.

“Kita di Kelantan sudah lama memerlukan projek ini. Sudah 30 tahun ia menjadi polemik dan belum dapat ditunaikan. Justeru memang harapan kita projek itu dipercepatkan kerana ia akan beri manfaat kepada lebih 80 peratus penduduk Kelantan,” katanya.

Artikel Berkaitan: