Banjir di Melaka pulih sepenuhnya

Gambar hiasan - Foto BERNAMA
Gambar hiasan - Foto BERNAMA
A
A
A

ALOR GAJAH - Keadaan banjir di Melaka pulih sepenuhnya apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini ditutup, malam ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonal (PA) Effendy Ali berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam yang menempatkan 45 mangsa daripada enam keluarga itu ditutup pada jam 8 malam.

“Kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan sejak Isnin lepas akibat banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini.

Effendy, yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata, keadaan cuaca di seluruh negeri kini dilaporkan baik. - Bernama

Artikel Berkaitan: