Simbolik sneakers jejaka Cole Haan

SNEAKERS Generation Zerogrand jenama Cole Haan hadir dalam tiga warna kegemaran maskulin.
SNEAKERS Generation Zerogrand jenama Cole Haan hadir dalam tiga warna kegemaran maskulin.
A
A
A

JENAMA ikonik Cole Haan tidak pernah menghampakan para peminatnya biarpun telah sembilan dekad bertapak dalam industri fesyen. Diasaskan pada tahun 1928, label fesyen kasut dan aksesori buat golongan jejaka dan wanita itu bukan sahaja popular di negara kelahirannya Chicago, Amerika Syarikat, malah kini sudah melebarkan sayap di New York dan seantero dunia.

Koleksi baharu jenama tersebut sentiasa didambakan kelompok pencinta fesyen khususnya generasi muda yang meminati gaya segar, kasual dan sporty.

Justeru, bermula pada bulan Julai ini Cole Haan memperkenalkan himpunan sneaker lelaki, Generation Zerogrand.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran merangkap Pengarah Urusan Pembangunan Bisnes Cole Haan, David Maddocks, koleksi sneaker Cole Haan bukan sekadar berfungsi sebagai kasut semata-semata, sebaliknya dihasilkan dengan teliti dan kemas supaya menjadi pelengkap gaya yang trendy.

“Sebelum melancarkan Generation Zerogrand pihak Cole Haan mengambil inisiatif melakukan kajian dalam kalangan golongan muda dan urban profesional bagi mengenal pasti cita rasa sneakers yang ingin digayakan saban hari.

“Hasilnya, kami mendapati rata-rata anak muda mengimpikan koleksi sneakers bersifat ringan, selesa, versatil dan moden. Justeru, setiap elemen itu diterapkan pada siri baharu pada kali ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada e-Trend baru-baru ini.

Generation Zerogrand merupakan simbolik kepada personaliti lelaki muda yang stailo, berani dan positif dalam menjalani kehidupan seharian. Ia ideal digayakan tatkala bersantai, kasual ataupun menghadiri majlis berkonsepkan semi formal.

Selain bebas mempraktikkan konsep suai padan bersama jumper dan seluar khakis, koleksi sneakers Generation Zerogrand juga tampak kontemporari apabila digayakan dengan seluar denim, baju-T dan blazer polos.

Artikel Berkaitan:

Inovasi rekaannya dititikberatkan apabila menggunakan kusyen Grand yang bertindak memberi keselesaan dan menyokong setiap langkah si pemakai.

Hadir dalam tiga nuansa kegemaran jejaka seperti hitam, biru gelap dan kelabu. Sneakers Generation Zerogrand turut mengekalkan konsep klasik iaitu bertali pada bahagian depan.