Raja Thailand perkenan Kabinet baharu

Maha Vajiralongkorn
A
A

BANGKOK - Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn berkenan meluluskan Kabinet awam baharu Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha susulan Pilihan Raya Umum pada 24 Mac lalu, menurut Warta Diraja hari ini.

Kelulusan itu dibuat susulan perbincangan selama beberapa minggu selepas Prayut dipilih oleh senator yang dilantik tentera dan ahli Parlimen yang dipilih rakyat dalam pemilihan tersebut.

Bekas ketua tentera yang melakukan rampasan kuasa pada 2014 itu juga dinamakan Menteri Pertahanan.

Selain itu, Uttama Savanayana yang merupakan pemimpin Parti Palang Pracharat yang menyokong Prayut dilantik sebagai Menteri Kewangan baharu. - Reuters