Ibu, bayi 8 bulan maut kemalangan

Keadaan Perodua Alza yang bertembung dengan lori dalam kemalangan di Jalan Utama Selancar di Felda Selancar, Muadzam Shah, awal pagi tadi.
Keadaan Perodua Alza yang bertembung dengan lori dalam kemalangan di Jalan Utama Selancar di Felda Selancar, Muadzam Shah, awal pagi tadi.
A
A
A

KUANTAN – Seorang jururawat dan bayi lelakinya maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bertembung sebuah lori kemalangan di Jalan Felda Selancar, Muadzam Shah, Rompin dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Rahimah Jaffar, 34 dan anaknya, Muhammad Zamil Abdul Aris 8 bulan menaiki Perodua Alza sebelum kemalangan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi.

Ketua Polis Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, seorang lagi anak Rahimah, Firas, 5, cedera parah dan dirawat di Hospital Segamat, Johor manakala pemandu lori jenis Isuzu, Mohd Saiful Basar mengalami patah kaki kanan.

“Sebelum kejadian, kereta dipandu Rahimah dalam perjalanan dari Simpang Selancar menghala ke Perwira Jaya manakala lori terbabit dari arah bertentangan.

No Image Caption

“Apabila tiba dilokasi, kereta dipandu Rahimah hilang kawalan dipercayai mengelak lubang dan terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung lori,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, pelanggaran menyebabkan mangsa bersama bayinya meninggal dunia di Klinik Kesihatan Pewira Jaya, kira-kira-kira 10.20 pagi.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: