Penagih kantoi lalok tengah laut

Anggota APMM dan AADK melakukan pemeriksaan di atas sebuah bot nelayan dalam Operasi Khas di Perairan Kuala Kedah, hari ini.
Anggota APMM dan AADK melakukan pemeriksaan di atas sebuah bot nelayan dalam Operasi Khas di Perairan Kuala Kedah, hari ini.
A
A
A

KUALA KEDAH - 17 penagih dadah kantoi lalok dadah ketika ditahan dalam Operasi Khas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Setar di Perairan Kuala Kedah, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, operasi selama lapan jam bermula jam 9 pagi hingga 5 petang di lautan itu melibatkan 25 anggota APMM dan 20 anggota AADK.

Menurut Mahmad Faizal, kesemua nelayan tempatan terbabit ditahan di kawasan operasi meliputi dari kawasan muara hingga perairan Kuala Kedah di bawah kawasan tanggungjawab Zon Maritim Kuala Kedah.

"Melalui ujian saringan air kencing, kesemua penagih dadah yang ditahan dalam Operasi Khas itu dipercayai positif dadah.

Antara nelayan diperiksa dalam Operasi Khas di Perairan Kuala Kedah, hari ini.
Antara nelayan diperiksa dalam Operasi Khas di Perairan Kuala Kedah, hari ini.

"Operasi Khas ini dilaksanakan demi membasmi penagihan dan penyalahangunaan dadah di kalangan nelayan-nelayan sekitar kawasan tanggungjawab terutama di Kuala Kedah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap usaha diambil berkenaan mengelakkan gejala ini dari terus berleluasa disamping mencegah pelakuan jenayah maritim lain di laut

Dalam perkembangan sama, katanya, pihaknya merakam jutaan penghargaan kepada pihak AADK atas memberikan kerjasama yang baik sepanjang operasi itu.

Artikel Berkaitan:

Kata Mahmad Faizal, pihak APMM Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara.

"Untuk itu, kita mengalu-alukan aduan dan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi APMM Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579," katanya.